~Ape2 aje~

Assalamualaikum wbt cewah xD... hmm~ ni 1st time buat blog n seumo idop mmg xpenah t'pk nk buat blog nih~ tp sebab pengaruh dari member2 ( terutama si Marbles) akhirnyaaaa~~~ jeng3 tercipta la blog n sebab blog ni puas aku perah otak nk meng'update' n guna gadjet2 nih (leceh tol)... tp pe2 pom blog nih dcipta sebab aku nk berkongsi ape yg aku buat dalam idop aku... pe2 pom let enjoyyyyy!!! (pe yg aku melalut nih x.x)

Thursday, November 18, 2010

BUDI BAHASA LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!

P/S : Yg slalu kite dgr Budi Bahasa Budaya Kita...( xde keje nih tu yg post je lawak2 nih) *peace3*

1 comment: