Assalamualaikum wbt..
Phew~ memang menarik kejadian ari nih haha..
Jumaat 31 Disember 2010 keluarga aku dikejutkan dengan satu letupan... Bukan letupan gunung berapi atau letupan bom dari negara yang sedang hebat berperang sekarang dan bukan juga dari letupan bunga api yang menandakan berakhirnya 2010 dan menjelmanya 2011 tetapi......... letupan yang berlaku betul-betul depan mata kitorg.
Al-kisahnya......
Satu keluarga yang terdiri dari Ayah, Ma, Abang, Adik dan Aku sendiri sedang enak menjamu selera. Abang aku tak makan coz dia cakap dia kenyang tapi dalam hati aku berkata "Kenyang ke berdiet kui3."
Kitorang makan lepas Ayah dan Abang aku balik dari mengerjakan solat Jumaat.
Ikan bakar plus budu plus ulam-ulaman... Perghhh!!!!
Kitorang makan simple je, tapi memang terbaek dari kilang coklat la hahaha..!!
Biasa la kalau makan mesti la kita borak-borak kan?
Sambil makan kitorang borak-borak dan menyakat la sape2 je nasib baek la buakn aku..haha...
Makan punyer makan dan tiba-tiba.... KABOOOOOMMMMM!!!!
Terkejut beruk kitorang...
Abang ngah aku yang ada kat ruang tamu ( tengah layan TV ) berlari ke arah dapur... Laju giler!! Macam Micheal Schumacher tengah pandu Ferari.. haha..
Angah : Bunyi apa tu?! ( Terbeliak biji mata dia seakan2 nak terkeluar sudaaa.. )
Aku : Letupan bom Al-Qaeda! ( Terkeluar secara spontan sebab terkejut. )
Angah : Haa? ( Terus berjalan ke dapur sambil mengelengkan kepala pasal jawapan aku yang tak masuk akal tadi. )
Ayah aku yang tengah tangkap leleh makan stop dan terus pergi tengok bersama dengan adik perempuan aku. Sedangkan aku dan Ma aku juz duduk kat atas meja makan sambil tengok dari jauh. ( xde la jauh sangat pon. ) Fuh!! Hancur dapur kaca kitorang yang dah 4 tahun berjasa nih.
P/S : Ini bukan letupan pertama yang berlaku dalam keluarga kitorang ahaks XD.
Ma : Macam mana boleh meletup? ( Bertanya pada ayah. )
Ayah : Rasa-rasanya.....
Aina : Kejap biar Aina siasat. ( Berlagak jadi Shinichi Kudo dalam Detective Conan plak dia. )
Aku : Ish3~ dah mula dah dia.
Aina : Ya saya sudah tahu siapakah pembunuh ehh.. silap~ Aina dah tahu penyebabnya.
Ma : Ish3~ budak nih. Haa~ apa dia?
Aina tunjuk ikan yang dibakar atas dapur tadi. ( Hahaha.. jarang rasa pelik pulak kenapa kitorang bakar ikan atas dapur XD. )
Aku : Hoooo~ tahu dah. Sebab dapur kita diperbuat dari kaca menyebabkan letupan ini terjadi. ( Turut serta menjadi penyiasat dengan Aina. )
Aina : Betul! Ikan yang dibakar berada terlalu lama atas dapur.
Aku : Mhm2~ Sebab terlalu lama berada di atas dapur haba panas dari dapur itu menyebabkan kaca itu mengembang dan letupan akan berlaku.
Aina : Pesanan dari penaja lain kali beli lah dapur diperbuat daripada bahan tahan panas. ( Siap posing lagi. )
Ye Tuan2 dan Puan2 selesai sudah explaination dari kami berdua... Hohoho...
Aimi : Hohoho...
Abang ngah perlahan-lahan menuju ke ruang tamu, ayah dan ma sambung makan balik. Aku dan Aina hanya tengok sesama sendiri dan turut sambung makan balik. Buat penat jer explain tapi takde sape pun nak dengar.. Huhuhu...
Selepas selesai makan, aku dan aina membersih dapur yang dipenuhi dengan butiran2 kaca yang berderai disebabkan letupan tu tadi.
Jadi esok eh~ silap, hari ni ( sebab aku update blog pukul 4:29 pagi. ) aku dan family nak pergi shopping beli dapur baru haha.. Sambil tu aku nak pergi search barang2 yang aku nak bawak 2 Januari nih bersamaan hari Ahad haha..
Itu sahaja cerita pada hari ini dan sebelum aku lupa biar aku ucap sekali lagi SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!! SEMOGA TAHUN BARU INI MENJADI KENANGAN TERINDAH DAN AZAM YANG BARU UNTUK ANDA SEMUA. By the way, azam tahun lepas dah tertunai ke semua? Hahahaha..



No comments:
Post a Comment