~Ape2 aje~

Assalamualaikum wbt cewah xD... hmm~ ni 1st time buat blog n seumo idop mmg xpenah t'pk nk buat blog nih~ tp sebab pengaruh dari member2 ( terutama si Marbles) akhirnyaaaa~~~ jeng3 tercipta la blog n sebab blog ni puas aku perah otak nk meng'update' n guna gadjet2 nih (leceh tol)... tp pe2 pom blog nih dcipta sebab aku nk berkongsi ape yg aku buat dalam idop aku... pe2 pom let enjoyyyyy!!! (pe yg aku melalut nih x.x)

Saturday, December 18, 2010

Kisah Aku Hari Ini

Assalamualaikum wbt...
Phew~ letihnya hari ni. Bukan tu je dengan demam plus batuk plus selsema lagi aku tetap keluar semata-mata nak berjumpa dengan kawan baik aku. Kitorang start berkenalan time form 3 di SEKOLAH KEBANGSAAN TOK JANGGUT sampai la sekarang walaupun berlainan haluan hidup. Sorang ambik Degree in Communication kat KL, sorang ambik Diploma in Nursing dekat Masterskill dan sorang lagi ambik Diploma in Perhutanan kat Uitm Negeri Sembilan. Dan aku Diploma in Banking kat Uitm Machang, Kelantan. Walaupun kitorang jauh antara satu sama lain kitorang still berhubung melalu SMS or Fb or call jer la senang haha. Selain tu, aku ada beberapa orang lagi member-member yang baik dengan kitorang time sekolah tapi lost contact. Aku pun tak tahu mengapa diorang tetibe stop berhubungan dengan kitorang.

Time sekolah dulu kitorang ni terkenal dengan name group kaki tido dalam kelas. Kalau sorang tidur yang lain pun turut tidur gak macam penyakit berjangkit lak. Dalam kelas tu kitorang duduk di meja depan sekali sebab cikgu2 nak prevent kitorang tidur dalam kelas. Tapi usaha mereka sia-sia je. Tak kira la duduk depan atau belakang mesti akan lentok punyer. Nasib baik result PMR tak lentok gak haha. Penyakit tidur kitorang berlanjutan sampai la ke form 5 haha. Cikgu2 dah tahu sangat la. Selalu gak kitorang kena denda sebab perangai suka tidur kitorang nih. Selain tu, kitorang ni agak nakal jugak la sampai ada satu tahap kena keliling satu bangunan. Sampai ada cikgu yang mengajuk dengan kitorang tak kan masuk kelas selagi kitorang tak ubah perangai kitorang. Time tu form 5 dan kitorang pun mula fikir pasal masa depan kitorang. Bila ingat balik dan jumpa cikgu2 yang mengajar kitorang tuh mesti gelak sakan la.
 
Cukup2 dengan flashback kitorang. Sebenarnya hari ni aku nak cerita pasal perjumpaan kitorang petang tadi. Kitorang berjanji nak berjumpa pukul 10.30 pagi. Aku lewat 30 minit sebab teman parent aku tengok katil. Diorang nak beli katil tuk hari pernikahan abang sulung aku bulan 3 nih. Hafizana tunggu depan CiMB manakala Zubaidah dan Raihan baru je on the way ke Pasir Puteh. Bila semua dah berkumpul kitorang decide nak pergi ke taman dulu sebelum buat aktiviti lain. Kitorang beli air nyior, keppok lekor dan goreng pisang.


Masa duduk kat taman tu kitorang berborak la perkembangan terbaru kitorang. First question yang diajukan oleh Zubaidah,


Zubaidah : U all, saya ada soalan yang terhangat punyer. 

Aku, Hafizana n Raihan : Apa dia?

Zubaidah : Korang dah ada sape2 ke? 

Kitorang yang agak terkejut dengan soalan Zubaidah tergelak je. Mana taknye tak pernah2 dia tanya soalan camtu. So dengan selambanya masing2 jawab TAKDE!!

Zubaidah : Hahaha.. Welcome to da club. (cewah speaking omputih minah ni sekarang XD)

Aku : Memang hangat betul soalan awak tu. Tapi pelik la tetibe tanya soalan ni first2 jumpa haha..

Hafizana : Entah terkejut gak aku dengar soalan Si Bedah nih. (gelak)

Raihan : Haha aku tau mesti ko dah ada pakwe kan? Baik cakap!

Zubaidah : Mana ada kan dah aku cakap tadi Welcome to Da Club!

Aku : Mana la tau kan haha. Tup2 Bedah dah ada pakwe advance wooo~

Zubaidah : Hahaha takde la. Juz nak hangatkan suasana la. Cam la korang tak kenal aku. Kta kan sep2 netok Tok Janggut sape yang berani dekat hahaha..

Hafizana : Dah lama aku tak dengar ayat tuh. Sep2 netok Tok Janggut!! 


Raihan : Ha'ah.. Time sekolah dulu kaki tidur si Bedah nih dan disebabkan Amy duduk sebelah dia dengan dia2 sekali berjangkit. Pastu turun kat kitorang pulak.


Zubaidah : Aku lak yang dipersalahkan. Korang gak yang complaint mengantuk time cikgu kite mengajar.Lagi satu budak innocent nih (tuju kt aku) dulu budak baik jer lepas satu kelas dengan kita terus tak jadi baik dah hahaha..

Aku : Yela tengok la siapa bos aku haha.. Nasib baik exam kita okay tau kalau tak mau kena smack down dengan ayah aku haha..


Hafizana : Haha betul-betul!!


  
Habis je cakap pasal hal tuh kitorang bercakap lak pasal camne hidup time study. Borak punyer borak lama gak la siap cakap pasal isu-isu semasa lagi. Memang tak leh blah langsung haha..Pastu kitorang falshback balik time sekolah2 dulu. Diringkaskan cerita lepas je selesai semua tu kitorang pergi ke Econjaya nak buat kecoh kat sana lak. Time tuk kitorang shopping lak. Macam2 kitorang buat siap try2 baju dan tangkap gambar kat situ lagi buat cam pasaraya sendiri lak haha. Gelak sakan tak ingat dunia biarpun banyak mata memandang kitorang buat bodoh je as long we all happy hehe...


Lepas siap shopping kitorang singgah kat KFC lak and then teman Raihan dan Zubaidah beli tiket bas. 2 Januari ni kitorang kena kembali ke tempat study balik huhu dan entah bila boleh jumpa balik. Tapi apa2 pun always keep in thouch guys coz im gonna miss u all so much!!! FRIENDS FOREVER MUAAHHHZ <3

 Sekian, bebelan aku pada hari ni dan harap2 korang enjoy bile bace k.
 
 P/S :Nak cerita semua aku tak larat coz penat sangat dan tak berapa sihat. Tapi pe2 pun aku enjoy sangat2 hari ni walaupun banyak program tertunggak sebab aku nak jumpa diorang! Haha.. Doakan aku cepat sembuh kay, terseksa woo tak leh nak tidur lena langsung.

18 Disember 2010

Assalamualaikum wbt...
Hari ini merupakan hari Ma aku dilahirkan ke dunia ini. Happy Birthday Ma!! Amy doakan Ma panjang umur dan dimurahi rezeki. Tak lupa gak semoga Ma dan Ayah sentiasa bahagia bersama hingga akhir hayat. LOVE U SO MUCH MA muahhhhh <3




P/S : Hmmm~ mane nak bawak ma pegi nih? Nak celebrate birthday die malam nih. Hmmm~

Friday, December 17, 2010

Assalamualaikum... 
Apa aku nak cakap ea? Anda semua sihat? Atau terlebih sihat? Atau ada yang tak berapa nak sihat macam aku sekarang? Dah 2 hari aku kena penyakit nih dan jangan bimbang tak serius mana pon cuma penyakit lama aku jer yang attack aku. Aku sakit apa? Well batuk (lelah) plus selsema plus deman pergh!! Memang terbaik la. Kalau kena asthma menyerang memang selsema dan demam pun datang menyerang aku sekali. Aku pun tak paham asal la nak serang aku serentak ish3.... Dan asthma aku takde la teruk sangat pon sampai kena guna inhaler tuh. Asthma aku pon serang time2 hujan, kena debu dan yang sewaktu dengannya haha...

Korang mesti tak tahu aku ada asthma kan? Sebenarnya dah lama aku kena sejak kecik lagi. First time aku kena asthma ialah masa aku dibawah jagaan Mak Cik aku, kakak kepada ma aku. Ma dan ayah aku kerja time tuh so aku dan adik2 aku dijaga oleh Mak Cik aku nih. Kalau tak silap la time tuh aku baru jer 6 bulan dilahirkan dekat dunia nih. Time tu jugak family aku banyak pelihara kucing. Masa Mak Cik aku ke dapur nak siapkan makanan ada la sekor kucing aku nih tidur tepi aku dan atas katil lak tuh. Disebabkan kucing tuh tidur tepi aku la bulu2 kucing tuh masuk ke rongga2 hidung aku yang kecik nih. Bermulalah kisah aku dan penyakit aku nih. Ma dan ayah aku terpaksa ulang-alik ke hospital bila aku kena lelah. Kecian kat parent aku huhuhu... Masa tu aku tinggal kat quarters polis dan kebetulan lak hospital dan balai polis memang dekat giler so takde la susah sangat. Satu kisah menarik lagi Ma dan Ayah aku berjumpa dekat2 kawasan tuh gak haha.. Ayah polis dan Ma aku lak keje kat hospital time tuh. Dan satu lagi siapa2 yang duduk kat quarters polis time tuh dan still tak kenal Moktar dan family tak tahu la. Apsal? Coz anak2 Sarjan Moktar (sekarang SM Moktar) memang terkenal dengan kenakalan diorang haha (tak pasal2 bangga haha).


Oppss.. cerita benda lain lak. Berbalik kepada cerita penyakit aku. Time kecik2 aku memang selalu kena boleh nak dikatakan 3 kali dalam sebulan. Dah la lahir tak cukup berat memang terlampau kecik la aku berbanding dengan adik-beradik aku yang lain. Diorang berat 3.4 kg ke atas, Adam (adik bongsu aku) lak paling berat sekali dan aku lak 2.6 kg jer (betul ke aku guna kg nih?). Dah cukup la citer berat2 nih hahaha.. Bila aku start membesar dan boleh dikatakan ladies cewahh haha lelah aku semakin beransur baik. Aku jarang dah kena. Catat rekod time aku form 3 sampai form 6 aku dah tak kena lelah. Tapi lepas tuh die datang balik la haha.. Tapi setahun sekali or 2 kali. Okay la tuh kan dari datang 3 bulan sekali hehe.

Dan sekarang sekali lagi dia menyerang aku. So sabar je la dan sokmo makan ubat jangan tinggal. Kalau tak kena smack down dengan ayah. Hahaha...

Kay,sekian saja coretan dan bebelan dari ku hari nih. Bile ada idea aku post la balik. Assalamualaikum... And Good Night all muahhh <3 

Wednesday, December 15, 2010

Apa Yang Aku Buat Hari Ni?!

Bangun awal dalam pukul 5.15 pagi untuk bersahur dengan ma aku sempena puasa sunat 10 Muharram. Lepas tu, aku tengok Tv sambil tunggu solat Subuh. Sedang aku tengok Tv ma aku pulak "terlentok". Ye la mana taknya, semalam ma aku jer yang pergi practice menari pagi ni kena pergi kerja pulak. Aku dan adik aku la skip practice la malas nak pergi. Yahoo Messenger aka Ym aku still open nak kacau orang tak baek lak kan hahaha!! So, aku pergi la gosok baju ma aku. Then, tak lama lepas tuh azan berkumandang (haha). 

Lepas solat Subuh aku tak tidur coz nak training tak tidur lepas Subuh haha. Aku ronda2 lg dalam rumah tuh boring. Laptop aku tutup coz nak bagi dia rehat cian kerja kuat tuh! Banyak jasa laptop tuh. Dari Along ke Angah sampai la aku. Kalau aku tak guna siapa lagi kan haha. 

Dipendekkan cerita, pagi tu aku ikut ma aku pergi hospital. Kenapa ma aku ikut sekali? Sebabnya dia kerja kat situ huahuahua! Aku pergi hospital bukan apa, juz nak check up jer. Kebetulan lak gusi adik aku bengkak sampai demam budak tuh dan aku lak tekak sakit pergi je la. Fuhh! Lama gak aku kat hospital tuh. Dari pukul 8 pagi sampai pukul 12 tengahari. 

Lepas je kena exam ngan doktor aku terus la balik rumah. Sampai rumah, Ya Allah!!! Aku lupa yang aku ada promise dengan member aku nak online pukul 8.30 pagi tadi. Adus memang aku tak teringat langsung. Kalau dia online nanti aku nak minta maaf sangat2 kat dia. Mesti lame dia tunggu.  IM REALLY SORRY!!


Lepas ini aku nak pergi teman adik aku lak. Pergi bank pulak daa.... 
K sekian dari aku untuk hari ni k. bila-bila aku update lagi... Assalamualaikum...


 

Sunday, December 12, 2010

Citer aku time tak leh online XD

Assalamualaikum.. 
Alhamdullilah akhirnya dapat online balik. Ish~ gara2 tak boleh online kelmarin, makan tak basah, tidur tak lena, mandi tak kenyang! Kejap betul ke apa yang aku taip buat nih? Lantak ar! Bila dah boring sangat aku plan nak keluar je hangout with my friends tapi diorang lak busy! Bertambahlah keboringan yang melanda dalam diri nih. 

So, apa lagi aku pun buat plan lain. Aku masuk bilik and start to think. Tengok sekeliling bilik rasa macam nak mengemas bilik. Jadi aku pun start mengemas bilik buat kali yang kedua dalam minggu nih. Rajin tak? Hahaha.. Tak banyak yang perlu dikemaskan just susun patung2, meja kecik aku dan sapu2 bilik je. Sambil mengemas aku akan pasang lagu nak hiburkan diri. Selesai je semua tu aku pun duduk. Dekat nak 10 minit jugak la aku duduk je sambil fikir nak buat apa. Pastu aku berdiri pergi bukak almari, ya Allah banyaknya baju terbeliak mata aku tengok (baru je perasan)! Apa lagi aku selongkar la baju2 tuh. Siap baju aku time sekolah dulu pun still ada. Apa lagi aku pun cuba la baju tuh dengan hampanya aku perasan yang "maintain" je aku dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah. Lepas tu, aku pergi la cari kotak2 yang tak guna untuk simpan baju yang dah tidak aku guna lagi. Kalau ikutkan hati nak sedekah je baju2 nih. Tapi sayang la pulak coz banyak sangat kenangan dengan baju2 nih. Lepas je habis mengemas aku pun pergi mandi coz dekat nak maghrib dah.

Lepas solat maghrib aku aku relax2 dulu sambil tunggu solat isyak. Sambil tunggu aku solat Isyak, aku tak de la buang masa je so aku pun buka winamp dengar yassin dan ikut sekali baca.  Habis baca aku tunggu dalam beberapa minit lagi nak Isyak.

Lepas solat Isyak, aku pergi dapur coz lapar la pulak. Tapi aku tak nak makan nasik aku pun pergi goreng Fried Frice ngan Wedges. Aku buat banyak2 coz aku tahu lepas nih mesti ada yang datang tumpang sekaki nak makan gak!

Agak awal aku tidur semalam tapi tak berapa nak lena. So, ntah dalam pukul berapa aku sedar balik. Rasanya time member aku send msg kot dan jugak msg dari facebook masuk. Tak lama lepas tu aku pon sambung tidur balik. Dekat nak pukul 3 pagi aku sedar adik aku kejut aku nak tak tengok movie korea. Dah tersedar baik aku join sekali coz bukannya aku dapat tidur balik pun haha.. Lawak gak la citer. Cerita tuh abis dalam pukul 5 camtu. Lepas tu aku pergi tidur balik dan pukul 6.15 pagi aku bangun solat subuh dan bertahan tak nak tidur lepas subuh. 

Harap maaf kalu tak berapa best nak baca nanti aku update balik coz aku buat cikai2 je nih he3! Sekian kisah aku time tak leh nak online hahaha..!