~Ape2 aje~

Assalamualaikum wbt cewah xD... hmm~ ni 1st time buat blog n seumo idop mmg xpenah t'pk nk buat blog nih~ tp sebab pengaruh dari member2 ( terutama si Marbles) akhirnyaaaa~~~ jeng3 tercipta la blog n sebab blog ni puas aku perah otak nk meng'update' n guna gadjet2 nih (leceh tol)... tp pe2 pom blog nih dcipta sebab aku nk berkongsi ape yg aku buat dalam idop aku... pe2 pom let enjoyyyyy!!! (pe yg aku melalut nih x.x)

Saturday, December 11, 2010

Kalau Allah Itu Maha Baik, Kenapa Buat Neraka?

Apa pandangan korang mengenai tajuk di atas? Menarik kan?! Aku tengok jer tajuk dah buat aku tertarik untuk baca. Tadi duduk tengah bosan sambil dengar lagu and well as usual aku chatting ngan member2 aku pergi ke Facebook nak tengok ape yang menarik ada. Dok tengah scroll down aku terlihat kat page abang angkat aku ( Zulkarnain Muhammad ). Tajuk di atas telah yang menarik perhatian aku dan dengan pantasnya aku klik, aku baca perkataan demi perkataan. Respect kat Ustaz tuh tabik "spring" ar!!

Jom sama-sama kita hayati dan fahami!! Kisah ini di ambil dari http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1041-kalau-allah-itu-maha-baik-kenapa-buat-neraka.html

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.
Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. 
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda.
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.
Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah  la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.
Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.
Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.
Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.
Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.
Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

P/S : Sama2 la kita ambil iktibar ea. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Bijaksana dan Maha Adil.
Sebagai makhluk yang dicipta oleh Allah S.W.T di dunia nih kita perlu la bersyukur dan menggunakan akal dengan sebaik-baiknya. Allahuakhbar!!

Friday, December 10, 2010

FooD X FooD =D

Assalamualaikum...
N a very good night to all of u cewah haha! Yeeeee~ Tuan, Puan, Pok Cik, Mok Cik, Abe, Kakok, dan Adik2 sekalian (loghat klate). Male nih ambo nok oyap pasal makane jah. Makane gapo? Of course la makane klate sebab tuh male nih ambo kecek klate haha..! Mulo2 tuh biar ambo cerito sikit bakpo ambo nok cito pasal makane nih. (Tukar mode takut dop pehe nati) Semua bermula dari Arham Senpai yang tag aku kat gambar keppok lekor ganu dia. Diringkaskan cerita la lepas je kitorang komen kat situ Marbles Syawal aka budak penyakat no.1 aku bagi cadangan suruh upload gambar kat Facebook pasal makanan best di Kelantan. Tapi bila aku fikir balik baik je aku post kat blog lagi senang tak payah aku taip2 balas komen diorang yang bertubi-tubi tuh (refer to Arham Senpai n Marbles Syawal).

Masa duduk tengah search gambar aku jumpa satu blog nih. Dok tengah promosi makanan best kat kelantan. Ni aku sertakan sekali dengan link http://variasikelantan.blogspot.com/ 
Sila-sila la tengok ea. \


1. Dodol Piramid A.K.A Dodol Lemak Kelantan
Peringatan!!! Jangan tertukar lak dengan Dodol Siam sebab dodol tu x tahan lama dan mudah tengit. Istimewa dodol nih of course la bentuk dia cam piramid tuh, dia ada 3 warna dan semestinya sedap untuk dimakan. (Apsal la rasa cam promoter makanan lak nih ~_~)



2. Nasi Kerabu
Perghh! Yang nih aku boleh nak katakan tiap2 hari. Nak tahu kenapa? Because aku malas pergi dining dah la mahal tak sedap lak tuh. Mak cik yang jual dekat kolej aku tu la penyelamat aku dan kawan2 aku. Lap U lah Mak Cik haha! Nasi Kerabu ni pon ada 3 jenis gak tau. 

a) Nasi Kerabu Tumis




b) Nasi Kerabu Ulam Biru ( Ni Fav. Aku!!! )

c) Nasi Kerabu Ulam Kuning


 3. Nasi Dagang Kelantan
Terengganu pon ada gak Nasi Dagang tapi aku xtau la apa bezanya ngan yang Kelantan punyer. So, aku masukkan sekali ngan resepi dia. (Dh de resepi nih leh ar try buat nanti.)
 

BAHAN-BAHANNYA:
* Beras pulut merah original made in Kelantan
* Santan pekat
* Bawang putih-dimayang
* Bawang merah-dimayang
* Halia - hiris nipis-nipis
* Sedikit halba
* garam, gula

CARA-CARANYA:
1. Bersihkan beras dan rendam seketika.
2. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
3. Toskan beras. Kukus sekejap. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
4. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
5. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol, gulai ayam, telur tebus dan acar.

4. Serunding
Ada 3 jenis serunding, aku pon baru tau gak ada banyak jenis nih huhuhu..

a) Serunding Daging
  
 b) Serunding Ikan


 c) Serunding Ayam

Fuhh! Letih aku! Nak tunjuk banyak lagi tapi apakan daya badan aku sampai cram dok mengadap lappy nak tunjuk pasal makanan nih! Dengan lafaz bismillah jemput makan semua haha!!!

P/S : Kiro cukup la tu dok? Dok larat dos sy huhu..! Khas tuk  Arham Senpai dan Marbles Syawal malam2 jgn pi dapur lak hahaha!! Mimpi pon tidak dibenarkan haha!!

Wednesday, December 8, 2010

Dance Practice

Assalamualaikum...
Hari ini, oh silap sepatutnya semalam, aku ada latihan menari. Aku tahu bila korang bace nih  gerenti gelak sakan punya la bile bayangkan aku menari! Tapi ada aku kisah haha..! Semua ni bukan kehendak aku. Well as for your information, aku hanya mewakili tempat ayah aku bekerja sekarang. Ayah aku kerja apa? Dia bekerja sebagai Pegawai Polis. Pangkat Sarjan Mejar dan juga OCS Balai Bukit Yong. So, isteri2 pegawai perlu menyertainya tapi disebabkan tak ramai yang boleh ikut serta disebabkan faktor umur yang agak2 berusia, aku dan adik aku diheret oleh ma aku menyertainya untuk Ladies Night yang bakal diadakan nanti ( bulan 2 nanti tapi latihan dilakukan lebih awal ). 

Latihan tu diadakan hari Isnin dan Rabu. Guru yang mengajar berbangsa Cina. Kalau korang tgk dia menari perghh memang terpegunlah. Aku dan adik aku lagi la terkejut ye la first time jumpa guru2 tarian tu. 

Masa latihan semalam aku dan adik aku menjadi perhatian mereka. Sebab? Menari bagaikan robot yg baru boleh bergerak. Bidang tarian ni bukan field aku dan adik aku ok! Kitorang kena paksa rela. So, guru2 tarian tu tumpukan pada aku dan adik aku je la. Ma dan auntie2 yang lain semua dah ingat rentak tarian coz diorang dah lame berlatih berbanding aku dan adk yang baru 2 kali pergi ikut latihan tu.

Malu giler semua mata hanya tengok aku dan adik. Lepas beberapa kali diajar dan dilembutkan sikit lenggok badan tu kitorang di'test'kan untuk cuba menari bersama2 dengan auntie2 semua. Mula2 tu ok lagi, tapi tak lama lepas tu hancur rentak tarian disebabkan oleh aku dan adik aku. Memang nak tergelak la. Tapi salute kat semua auntie2, guru2 dan ma aku sebab bersabar dengan gelagat aku dan adik haha..!

Walaupun tak rela tapi kitorg enjoy!

P/S : Sebenarnya kekok bahasakan diri "aku" ni!  

 



Monday, December 6, 2010

BAHAYA TIDO LEPAS SUBUH!!!!!

Nikmatnye tido lepas solat Subuh kan perghh xde kate2 yg mampu dikatakan time tuh! Mmg time favorite la tuh! Tapi lepas jer bace yg nih mak aih mmg bak kena panahan arrow cupid la, first class n terbaek wokk! Tobat xnk buat dah pasnih xboh tito pas Subuh lg (ayat yg bese dgr kan ha3) tp kejap jer tuh esk xbuat lusa buat la lg (ckp sal sy ea bukan org len XD )!

Ni la yg sy duk bace td tp tgh pk gak nk post ke x coz sy pom 2 x 5 jer ha3! Baca jgn xbace ea!

Kita telah ketahui bersama bahwa waktu pagi adalah waktu yanng penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,
“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.
Waktu tidur yang paling bermanfaat iaitu :
  1. Tidur ketika perlu tidur.
  2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
  3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.
Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI 

[Pertama]
Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua]
Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga]
Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat]
Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullahberkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima]
Menghambat datangnya rezeki.
Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam]
Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)

Kat cni sy ada sertakan sekali 1 vid sila2 la tgk k he3!
 


Sebenarnye kte dh tau psl nih tp kte je yg buat2 xtau n xboh ambik tau or xboh ambik kisah pon tp ni sekadar untuk peringatan kat diri ni jer.. so lu pk la sendiri (ambik ayat Bang Bil la plak) n nak try berubah gak xboh dh tido pas subuh huhu! Insya'Allah..!!

Sunday, December 5, 2010

Xder idea!!

Sorry hari ni mmg aku xde idea nk update blog nih.. tgk r esk camne hahaha.. aku akan cube update n wat lebih menarik lg! ( kekok lak bhs diri aku nih hmmm~ )

pe2 pom t ak try update lg!! Yawnnnnnnnnn ngantok laaaaaaa~ Bye2 hehehe!

HMMM * Think Really Hard*

Hmm~ I dunno what i should write..... Im completely forgot to  update this blog today coz I dunno what to write. Today im only sit in front of my lappy all days hahaha.. What Im doing in front of it? hahhaa as usual Facebook, listen to songs, chatting, reading n so on..!! 

Ouch now my back hurt coz sitting so long in front of lappy ( juz realize bout it actually hahaha )
n also today i have lot of fun with Arham Senpai, Adam ( my lil bro ) Rein Nii, Debby-chan n my others frenz. Not forgot with Marbles Syawal ( the one who force me to update my blog XD ) hahahaha Jgn Marah sebut name adk last coz adk special ckit hahahaha XD...

Hmm that all i do for today!!

P/S : I wanna go out but it rain n if I go out my Dad n Mom will kill me T___T 
N ALSO To Arham Senpai good luck on ur exam today hahaha!!