N a very good night to all of u cewah haha! Yeeeee~ Tuan, Puan, Pok Cik, Mok Cik, Abe, Kakok, dan Adik2 sekalian (loghat klate). Male nih ambo nok oyap pasal makane jah. Makane gapo? Of course la makane klate sebab tuh male nih ambo kecek klate haha..! Mulo2 tuh biar ambo cerito sikit bakpo ambo nok cito pasal makane nih. (Tukar mode takut dop pehe nati) Semua bermula dari Arham Senpai yang tag aku kat gambar keppok lekor ganu dia. Diringkaskan cerita la lepas je kitorang komen kat situ Marbles Syawal aka budak penyakat no.1 aku bagi cadangan suruh upload gambar kat Facebook pasal makanan best di Kelantan. Tapi bila aku fikir balik baik je aku post kat blog lagi senang tak payah aku taip2 balas komen diorang yang bertubi-tubi tuh (refer to Arham Senpai n Marbles Syawal).
Masa duduk tengah search gambar aku jumpa satu blog nih. Dok tengah promosi makanan best kat kelantan. Ni aku sertakan sekali dengan link http://variasikelantan.blogspot.com/
Sila-sila la tengok ea. \
1. Dodol Piramid A.K.A Dodol Lemak Kelantan
Peringatan!!! Jangan tertukar lak dengan Dodol Siam sebab dodol tu x tahan lama dan mudah tengit. Istimewa dodol nih of course la bentuk dia cam piramid tuh, dia ada 3 warna dan semestinya sedap untuk dimakan. (Apsal la rasa cam promoter makanan lak nih ~_~)
2. Nasi Kerabu
Perghh! Yang nih aku boleh nak katakan tiap2 hari. Nak tahu kenapa? Because aku malas pergi dining dah la mahal tak sedap lak tuh. Mak cik yang jual dekat kolej aku tu la penyelamat aku dan kawan2 aku. Lap U lah Mak Cik haha! Nasi Kerabu ni pon ada 3 jenis gak tau.
a) Nasi Kerabu Tumis
b) Nasi Kerabu Ulam Biru ( Ni Fav. Aku!!! )
c) Nasi Kerabu Ulam Kuning
3. Nasi Dagang Kelantan
Terengganu pon ada gak Nasi Dagang tapi aku xtau la apa bezanya ngan yang Kelantan punyer. So, aku masukkan sekali ngan resepi dia. (Dh de resepi nih leh ar try buat nanti.)
BAHAN-BAHANNYA:
* Beras pulut merah original made in Kelantan
* Santan pekat
* Bawang putih-dimayang
* Bawang merah-dimayang
* Halia - hiris nipis-nipis
* Sedikit halba
* garam, gula
CARA-CARANYA:
1. Bersihkan beras dan rendam seketika.
2. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
3. Toskan beras. Kukus sekejap. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
4. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
5. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol, gulai ayam, telur tebus dan acar.
P/S : ni di copy n paste dari http://www.luvmalaysia.com/jom-borak/resepi/57-jum-try-masak-nasi-dagang-kelantan.html
4. Serunding
Ada 3 jenis serunding, aku pon baru tau gak ada banyak jenis nih huhuhu..
a) Serunding Daging
b) Serunding Ikan
P/S : Kiro cukup la tu dok? Dok larat dos sy huhu..! Khas tuk Arham Senpai dan Marbles Syawal malam2 jgn pi dapur lak hahaha!! Mimpi pon tidak dibenarkan haha!!









No comments:
Post a Comment