~Ape2 aje~

Assalamualaikum wbt cewah xD... hmm~ ni 1st time buat blog n seumo idop mmg xpenah t'pk nk buat blog nih~ tp sebab pengaruh dari member2 ( terutama si Marbles) akhirnyaaaa~~~ jeng3 tercipta la blog n sebab blog ni puas aku perah otak nk meng'update' n guna gadjet2 nih (leceh tol)... tp pe2 pom blog nih dcipta sebab aku nk berkongsi ape yg aku buat dalam idop aku... pe2 pom let enjoyyyyy!!! (pe yg aku melalut nih x.x)

Friday, January 21, 2011

....................................

Tak tahu ape nak cakap....
Entah kenapa malam ni rasa nak menjerit jer kuat-kuat...
Kadang-kadang nak bagitahu jer tapi takut ada lak yang kecik hati..
Tak bagitahu lak dalam hati nih yang parah..
Terlalu menjaga hati orang diri sendiri yang menjadi mangsa...
Tensionnyeeee...!!!!!!!!!!

Layan lagu Field Of Hope~

Thursday, January 20, 2011

Lagi Sekali.......

Assalamualaikum w.b.t.
Sudah agak lama la aku tak update blog nih.
Yela, sejak masuk semester baru ni aku agak busy sedikit.
Letih? Lesu? Stress? Sedih? Emo?
Yeah, semua tu ada tapi emo tu aku tak tahu la.
Lagi sekali kejadian yang sama berlaku.
Entah mana silap aku.......
Letih dan tak pasti lagi.
Rasa nak menangis pun ada tapi aku kuatkan je la hati nih.
Aku nampak je kuat tapi aku ni agak sensitif jugak.
 Bila jer orang tuh buat aku camtu aku jadi tak keruan nak menangis pun ada.
Sebelum korang fikir bukan-bukan pasal aku dan "orang tuh" yang aku maksudkan tadi dia kawan aku je tak lebih dari tu k.
Dah le malas aku nak cakap lagi.
Makin sakit ati jer nanti.
Ok, new topic....
Giler ar memang penat giler semester nih.
Dalam penat tuh terselit kisah gembira dan sedih.
Apa-apa pun aku akan simpan sampai bila-bila kenangan nih.
Walaupun belum masuk sebulan tapi dah macam-macam benda jadi kat aku.
Semua ni buat aku tabah jalani kehidupan nih.
OK DONE FOR TODAY!! Have a nice day all ^___________^

Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU N KABOOOMM!!

Assalamualaikum wbt..
Phew~ memang menarik kejadian ari nih haha..
Jumaat 31 Disember 2010 keluarga aku dikejutkan dengan satu letupan... Bukan letupan gunung berapi atau letupan bom dari negara yang sedang hebat berperang sekarang dan bukan juga dari letupan bunga api yang menandakan berakhirnya 2010 dan menjelmanya 2011 tetapi......... letupan yang berlaku betul-betul depan mata kitorg.
Al-kisahnya......
Satu keluarga yang terdiri dari Ayah, Ma, Abang, Adik dan Aku sendiri sedang enak menjamu selera. Abang aku tak makan coz dia cakap dia kenyang tapi dalam hati aku berkata "Kenyang ke berdiet kui3."
Kitorang makan lepas Ayah dan Abang aku balik dari mengerjakan solat Jumaat.
Ikan bakar plus budu plus ulam-ulaman... Perghhh!!!!
Kitorang makan simple je, tapi memang terbaek dari kilang coklat la hahaha..!!
Biasa la kalau makan mesti la kita borak-borak kan? 
Sambil makan kitorang borak-borak dan menyakat la sape2 je nasib baek la buakn aku..haha...
Makan punyer makan dan tiba-tiba.... KABOOOOOMMMMM!!!!
Terkejut beruk kitorang... 
Abang ngah aku yang ada kat ruang tamu ( tengah layan TV ) berlari ke arah dapur... Laju giler!! Macam Micheal Schumacher tengah pandu Ferari.. haha..
Angah : Bunyi apa tu?! ( Terbeliak biji mata dia seakan2 nak terkeluar sudaaa.. )
Aku : Letupan bom Al-Qaeda! ( Terkeluar secara spontan sebab terkejut. )
Angah : Haa? ( Terus berjalan ke dapur sambil mengelengkan kepala pasal jawapan aku yang tak masuk akal tadi. )

Ayah aku yang tengah tangkap leleh makan stop dan terus pergi tengok bersama dengan adik perempuan aku. Sedangkan aku dan Ma aku juz duduk kat atas meja makan sambil tengok dari jauh. ( xde la jauh sangat pon. ) Fuh!! Hancur dapur kaca kitorang yang dah 4 tahun berjasa nih.



P/S : Ini bukan letupan pertama yang berlaku dalam keluarga kitorang ahaks XD.

Ma : Macam mana boleh meletup? ( Bertanya pada ayah. )
Ayah : Rasa-rasanya.....
Aina : Kejap biar Aina siasat. ( Berlagak jadi Shinichi Kudo dalam Detective Conan plak dia. )
Aku : Ish3~ dah mula dah dia.
Aina : Ya saya sudah tahu siapakah pembunuh ehh.. silap~ Aina dah tahu penyebabnya.
Ma : Ish3~ budak nih. Haa~ apa dia?

Aina tunjuk ikan yang dibakar atas dapur tadi. ( Hahaha.. jarang rasa pelik pulak kenapa kitorang bakar ikan atas dapur XD. ) 

Aku : Hoooo~ tahu dah. Sebab dapur kita diperbuat dari kaca menyebabkan letupan ini terjadi. ( Turut serta menjadi penyiasat dengan Aina. )
Aina : Betul! Ikan yang dibakar berada terlalu lama atas dapur.
Aku : Mhm2~ Sebab terlalu lama berada di atas dapur haba panas dari dapur itu menyebabkan kaca itu mengembang dan letupan akan berlaku.
Aina : Pesanan dari penaja lain kali beli lah dapur diperbuat daripada bahan tahan panas. ( Siap posing lagi. )
Ye Tuan2 dan Puan2 selesai sudah explaination dari kami berdua... Hohoho...
Aimi : Hohoho...

Abang ngah perlahan-lahan menuju ke ruang tamu, ayah dan ma sambung makan balik. Aku dan Aina hanya tengok sesama sendiri dan turut sambung makan balik. Buat penat jer explain tapi takde sape pun nak dengar.. Huhuhu...

Selepas selesai makan, aku dan aina membersih dapur yang dipenuhi dengan butiran2 kaca yang berderai disebabkan letupan tu tadi. 

Jadi esok eh~ silap, hari ni ( sebab aku update blog pukul 4:29 pagi. ) aku dan family nak pergi shopping beli dapur baru haha.. Sambil tu aku nak pergi search barang2 yang aku nak bawak 2 Januari nih bersamaan hari Ahad haha..

Itu sahaja cerita pada hari ini dan sebelum aku lupa biar aku ucap sekali lagi  SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!! SEMOGA TAHUN BARU INI MENJADI KENANGAN TERINDAH DAN AZAM YANG BARU UNTUK ANDA SEMUA. By the way, azam tahun lepas dah tertunai ke semua? Hahahaha..

P/S : Aku tak tipu kejadian ni betul-betul berlaku dan kalau aku tipu tu sikit2 jer juz untuk membuatkan cerita kitorang nih menarik sikit haha..

Saturday, December 25, 2010

Cannot wait to go back study!!

Assalamualaikum wbt...
Wohooooooooo~ tak lama lagi semester baru nak bermula. Aku dah tak sabar lagi nak masuk semester baru nih. Semester baru mesti la azam baru (sama je kot ahaks). 2 Januari 2011, aku akan daftar masuk ke kolej kediaman kitorang. Harap-harap la bilik dok tingkat 1 boring la tingkat 2 jer. Yang penting jangan bagi kat tingkat 3 atau 4 karang tak pasal2 aku buat persatuan tunjuk perasaaan kat situ hahahhaa...

Ada beberapa orang member aku dah ada kat sana. Kenapa awal sangat? Hahaha... Padan muka diorg ( evil mode ). Diorang kena pergi awal sebab untuk kemasukan pelajar baru. Kalau nak diikutkan aku pun kena pergi jugak tapi aku tolak. Malas nak pergi awal2. Tapi rugi jugak sebab kalau tak boleh ar aku menyakat adik aku ( dia pun pelajar baru kt situ gak ) kat sana huahuahua... 

Ada banyak program yang akan dibuat untuk semester baru nih dan disebabkan itu aku tak sabar-sabar hahaa... Maybe jugak lepas nih aku jarang jugak online n online time weekend je. Ye la weekend baru aku balik rumah. Kalau tak tiap-tiap hari aku online. Satu lagi sebab kenapa aku tak boleh online kat tempat aku tuh sebab connection memang lembab n sengal giler. Nak cari material untuk assignment pon kena pergi kat luar tak pon pergi library.

Semester ni aku tak leh nak boros sangat coz nak beli lappy (laptop) punyer pasal haha.. So no more crazy shopping for me uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Demi nak beli lappy baru aku rela mengikat perut ku ini huhuhu diet la jawabnye ahaks XD.


Sekian bebelan aku hari ni. Nanti aku update lagi. Aku pun tak tahu nak tulis apa kat blog beberapa hari nih. Pasal problem aku, aku just simpan dalam hati je la. Tak perlu nak heboh kan3? Hahaha... Ok time for me to cauuuu dulu ahaks.. Bye2 muahhz peace <3

 

Friday, December 24, 2010

Confuse!!

Assalamualaikum wbt...
Feel so confuse right now.. Aku memang langsung tak faham apa2 dah sekarang ni. Kenapa, apa sebab, kesudahan aku memang tak tahu dah sekarang. Aku buat salah ke? Aku ada terlepas cakap ke? Aku ada buat org sakit hati ke? Semua tu bermain kat kepala aku beberapa hari ni. Bila ditanya lain pulak jawapan. So, lepas rujuk pada orang yang lebih berpengalaman aku decide nak tunggu je seperti kanak-kanak yang tunggu ayah diorang balik bawak Choki2. Tapi kesabaran tu ada gak batasnya. Tapi aku tak nak la tanya lagi takut memburukkan keadaan. So, Im going to wait.

Sekiranya, aku ada buat silap atau salah yang boleh buat orang sakit hati di sini aku susun 10 jari minta maaf banyak2 dari hujung rambut ke hujung kaki. Gomenasai nee~

Sekian, wassalam...
P/S : Emo pulak rasanya ahaks but watever im juz stating the truth that im really sorry with all my heart! 

Saturday, December 18, 2010

Kisah Aku Hari Ini

Assalamualaikum wbt...
Phew~ letihnya hari ni. Bukan tu je dengan demam plus batuk plus selsema lagi aku tetap keluar semata-mata nak berjumpa dengan kawan baik aku. Kitorang start berkenalan time form 3 di SEKOLAH KEBANGSAAN TOK JANGGUT sampai la sekarang walaupun berlainan haluan hidup. Sorang ambik Degree in Communication kat KL, sorang ambik Diploma in Nursing dekat Masterskill dan sorang lagi ambik Diploma in Perhutanan kat Uitm Negeri Sembilan. Dan aku Diploma in Banking kat Uitm Machang, Kelantan. Walaupun kitorang jauh antara satu sama lain kitorang still berhubung melalu SMS or Fb or call jer la senang haha. Selain tu, aku ada beberapa orang lagi member-member yang baik dengan kitorang time sekolah tapi lost contact. Aku pun tak tahu mengapa diorang tetibe stop berhubungan dengan kitorang.

Time sekolah dulu kitorang ni terkenal dengan name group kaki tido dalam kelas. Kalau sorang tidur yang lain pun turut tidur gak macam penyakit berjangkit lak. Dalam kelas tu kitorang duduk di meja depan sekali sebab cikgu2 nak prevent kitorang tidur dalam kelas. Tapi usaha mereka sia-sia je. Tak kira la duduk depan atau belakang mesti akan lentok punyer. Nasib baik result PMR tak lentok gak haha. Penyakit tidur kitorang berlanjutan sampai la ke form 5 haha. Cikgu2 dah tahu sangat la. Selalu gak kitorang kena denda sebab perangai suka tidur kitorang nih. Selain tu, kitorang ni agak nakal jugak la sampai ada satu tahap kena keliling satu bangunan. Sampai ada cikgu yang mengajuk dengan kitorang tak kan masuk kelas selagi kitorang tak ubah perangai kitorang. Time tu form 5 dan kitorang pun mula fikir pasal masa depan kitorang. Bila ingat balik dan jumpa cikgu2 yang mengajar kitorang tuh mesti gelak sakan la.
 
Cukup2 dengan flashback kitorang. Sebenarnya hari ni aku nak cerita pasal perjumpaan kitorang petang tadi. Kitorang berjanji nak berjumpa pukul 10.30 pagi. Aku lewat 30 minit sebab teman parent aku tengok katil. Diorang nak beli katil tuk hari pernikahan abang sulung aku bulan 3 nih. Hafizana tunggu depan CiMB manakala Zubaidah dan Raihan baru je on the way ke Pasir Puteh. Bila semua dah berkumpul kitorang decide nak pergi ke taman dulu sebelum buat aktiviti lain. Kitorang beli air nyior, keppok lekor dan goreng pisang.


Masa duduk kat taman tu kitorang berborak la perkembangan terbaru kitorang. First question yang diajukan oleh Zubaidah,


Zubaidah : U all, saya ada soalan yang terhangat punyer. 

Aku, Hafizana n Raihan : Apa dia?

Zubaidah : Korang dah ada sape2 ke? 

Kitorang yang agak terkejut dengan soalan Zubaidah tergelak je. Mana taknye tak pernah2 dia tanya soalan camtu. So dengan selambanya masing2 jawab TAKDE!!

Zubaidah : Hahaha.. Welcome to da club. (cewah speaking omputih minah ni sekarang XD)

Aku : Memang hangat betul soalan awak tu. Tapi pelik la tetibe tanya soalan ni first2 jumpa haha..

Hafizana : Entah terkejut gak aku dengar soalan Si Bedah nih. (gelak)

Raihan : Haha aku tau mesti ko dah ada pakwe kan? Baik cakap!

Zubaidah : Mana ada kan dah aku cakap tadi Welcome to Da Club!

Aku : Mana la tau kan haha. Tup2 Bedah dah ada pakwe advance wooo~

Zubaidah : Hahaha takde la. Juz nak hangatkan suasana la. Cam la korang tak kenal aku. Kta kan sep2 netok Tok Janggut sape yang berani dekat hahaha..

Hafizana : Dah lama aku tak dengar ayat tuh. Sep2 netok Tok Janggut!! 


Raihan : Ha'ah.. Time sekolah dulu kaki tidur si Bedah nih dan disebabkan Amy duduk sebelah dia dengan dia2 sekali berjangkit. Pastu turun kat kitorang pulak.


Zubaidah : Aku lak yang dipersalahkan. Korang gak yang complaint mengantuk time cikgu kite mengajar.Lagi satu budak innocent nih (tuju kt aku) dulu budak baik jer lepas satu kelas dengan kita terus tak jadi baik dah hahaha..

Aku : Yela tengok la siapa bos aku haha.. Nasib baik exam kita okay tau kalau tak mau kena smack down dengan ayah aku haha..


Hafizana : Haha betul-betul!!


  
Habis je cakap pasal hal tuh kitorang bercakap lak pasal camne hidup time study. Borak punyer borak lama gak la siap cakap pasal isu-isu semasa lagi. Memang tak leh blah langsung haha..Pastu kitorang falshback balik time sekolah2 dulu. Diringkaskan cerita lepas je selesai semua tu kitorang pergi ke Econjaya nak buat kecoh kat sana lak. Time tuk kitorang shopping lak. Macam2 kitorang buat siap try2 baju dan tangkap gambar kat situ lagi buat cam pasaraya sendiri lak haha. Gelak sakan tak ingat dunia biarpun banyak mata memandang kitorang buat bodoh je as long we all happy hehe...


Lepas siap shopping kitorang singgah kat KFC lak and then teman Raihan dan Zubaidah beli tiket bas. 2 Januari ni kitorang kena kembali ke tempat study balik huhu dan entah bila boleh jumpa balik. Tapi apa2 pun always keep in thouch guys coz im gonna miss u all so much!!! FRIENDS FOREVER MUAAHHHZ <3

 Sekian, bebelan aku pada hari ni dan harap2 korang enjoy bile bace k.
 
 P/S :Nak cerita semua aku tak larat coz penat sangat dan tak berapa sihat. Tapi pe2 pun aku enjoy sangat2 hari ni walaupun banyak program tertunggak sebab aku nak jumpa diorang! Haha.. Doakan aku cepat sembuh kay, terseksa woo tak leh nak tidur lena langsung.

18 Disember 2010

Assalamualaikum wbt...
Hari ini merupakan hari Ma aku dilahirkan ke dunia ini. Happy Birthday Ma!! Amy doakan Ma panjang umur dan dimurahi rezeki. Tak lupa gak semoga Ma dan Ayah sentiasa bahagia bersama hingga akhir hayat. LOVE U SO MUCH MA muahhhhh <3




P/S : Hmmm~ mane nak bawak ma pegi nih? Nak celebrate birthday die malam nih. Hmmm~