~Ape2 aje~

Assalamualaikum wbt cewah xD... hmm~ ni 1st time buat blog n seumo idop mmg xpenah t'pk nk buat blog nih~ tp sebab pengaruh dari member2 ( terutama si Marbles) akhirnyaaaa~~~ jeng3 tercipta la blog n sebab blog ni puas aku perah otak nk meng'update' n guna gadjet2 nih (leceh tol)... tp pe2 pom blog nih dcipta sebab aku nk berkongsi ape yg aku buat dalam idop aku... pe2 pom let enjoyyyyy!!! (pe yg aku melalut nih x.x)

Saturday, December 18, 2010

Kisah Aku Hari Ini

Assalamualaikum wbt...
Phew~ letihnya hari ni. Bukan tu je dengan demam plus batuk plus selsema lagi aku tetap keluar semata-mata nak berjumpa dengan kawan baik aku. Kitorang start berkenalan time form 3 di SEKOLAH KEBANGSAAN TOK JANGGUT sampai la sekarang walaupun berlainan haluan hidup. Sorang ambik Degree in Communication kat KL, sorang ambik Diploma in Nursing dekat Masterskill dan sorang lagi ambik Diploma in Perhutanan kat Uitm Negeri Sembilan. Dan aku Diploma in Banking kat Uitm Machang, Kelantan. Walaupun kitorang jauh antara satu sama lain kitorang still berhubung melalu SMS or Fb or call jer la senang haha. Selain tu, aku ada beberapa orang lagi member-member yang baik dengan kitorang time sekolah tapi lost contact. Aku pun tak tahu mengapa diorang tetibe stop berhubungan dengan kitorang.

Time sekolah dulu kitorang ni terkenal dengan name group kaki tido dalam kelas. Kalau sorang tidur yang lain pun turut tidur gak macam penyakit berjangkit lak. Dalam kelas tu kitorang duduk di meja depan sekali sebab cikgu2 nak prevent kitorang tidur dalam kelas. Tapi usaha mereka sia-sia je. Tak kira la duduk depan atau belakang mesti akan lentok punyer. Nasib baik result PMR tak lentok gak haha. Penyakit tidur kitorang berlanjutan sampai la ke form 5 haha. Cikgu2 dah tahu sangat la. Selalu gak kitorang kena denda sebab perangai suka tidur kitorang nih. Selain tu, kitorang ni agak nakal jugak la sampai ada satu tahap kena keliling satu bangunan. Sampai ada cikgu yang mengajuk dengan kitorang tak kan masuk kelas selagi kitorang tak ubah perangai kitorang. Time tu form 5 dan kitorang pun mula fikir pasal masa depan kitorang. Bila ingat balik dan jumpa cikgu2 yang mengajar kitorang tuh mesti gelak sakan la.
 
Cukup2 dengan flashback kitorang. Sebenarnya hari ni aku nak cerita pasal perjumpaan kitorang petang tadi. Kitorang berjanji nak berjumpa pukul 10.30 pagi. Aku lewat 30 minit sebab teman parent aku tengok katil. Diorang nak beli katil tuk hari pernikahan abang sulung aku bulan 3 nih. Hafizana tunggu depan CiMB manakala Zubaidah dan Raihan baru je on the way ke Pasir Puteh. Bila semua dah berkumpul kitorang decide nak pergi ke taman dulu sebelum buat aktiviti lain. Kitorang beli air nyior, keppok lekor dan goreng pisang.


Masa duduk kat taman tu kitorang berborak la perkembangan terbaru kitorang. First question yang diajukan oleh Zubaidah,


Zubaidah : U all, saya ada soalan yang terhangat punyer. 

Aku, Hafizana n Raihan : Apa dia?

Zubaidah : Korang dah ada sape2 ke? 

Kitorang yang agak terkejut dengan soalan Zubaidah tergelak je. Mana taknye tak pernah2 dia tanya soalan camtu. So dengan selambanya masing2 jawab TAKDE!!

Zubaidah : Hahaha.. Welcome to da club. (cewah speaking omputih minah ni sekarang XD)

Aku : Memang hangat betul soalan awak tu. Tapi pelik la tetibe tanya soalan ni first2 jumpa haha..

Hafizana : Entah terkejut gak aku dengar soalan Si Bedah nih. (gelak)

Raihan : Haha aku tau mesti ko dah ada pakwe kan? Baik cakap!

Zubaidah : Mana ada kan dah aku cakap tadi Welcome to Da Club!

Aku : Mana la tau kan haha. Tup2 Bedah dah ada pakwe advance wooo~

Zubaidah : Hahaha takde la. Juz nak hangatkan suasana la. Cam la korang tak kenal aku. Kta kan sep2 netok Tok Janggut sape yang berani dekat hahaha..

Hafizana : Dah lama aku tak dengar ayat tuh. Sep2 netok Tok Janggut!! 


Raihan : Ha'ah.. Time sekolah dulu kaki tidur si Bedah nih dan disebabkan Amy duduk sebelah dia dengan dia2 sekali berjangkit. Pastu turun kat kitorang pulak.


Zubaidah : Aku lak yang dipersalahkan. Korang gak yang complaint mengantuk time cikgu kite mengajar.Lagi satu budak innocent nih (tuju kt aku) dulu budak baik jer lepas satu kelas dengan kita terus tak jadi baik dah hahaha..

Aku : Yela tengok la siapa bos aku haha.. Nasib baik exam kita okay tau kalau tak mau kena smack down dengan ayah aku haha..


Hafizana : Haha betul-betul!!


  
Habis je cakap pasal hal tuh kitorang bercakap lak pasal camne hidup time study. Borak punyer borak lama gak la siap cakap pasal isu-isu semasa lagi. Memang tak leh blah langsung haha..Pastu kitorang falshback balik time sekolah2 dulu. Diringkaskan cerita lepas je selesai semua tu kitorang pergi ke Econjaya nak buat kecoh kat sana lak. Time tuk kitorang shopping lak. Macam2 kitorang buat siap try2 baju dan tangkap gambar kat situ lagi buat cam pasaraya sendiri lak haha. Gelak sakan tak ingat dunia biarpun banyak mata memandang kitorang buat bodoh je as long we all happy hehe...


Lepas siap shopping kitorang singgah kat KFC lak and then teman Raihan dan Zubaidah beli tiket bas. 2 Januari ni kitorang kena kembali ke tempat study balik huhu dan entah bila boleh jumpa balik. Tapi apa2 pun always keep in thouch guys coz im gonna miss u all so much!!! FRIENDS FOREVER MUAAHHHZ <3

 Sekian, bebelan aku pada hari ni dan harap2 korang enjoy bile bace k.
 
 P/S :Nak cerita semua aku tak larat coz penat sangat dan tak berapa sihat. Tapi pe2 pun aku enjoy sangat2 hari ni walaupun banyak program tertunggak sebab aku nak jumpa diorang! Haha.. Doakan aku cepat sembuh kay, terseksa woo tak leh nak tidur lena langsung.

1 comment: